Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Faten Hamimi Bt Mozaimi’ Category

Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah membawa erti “bulan haji”. Sejak dari sebelum zaman Rasulullah SAW lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah.

Sejarah telah merakam berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang pernah tercatat di bulan Zulhijjah;

1. Penyembelihan Nabi Ismail AS. Umat Islam samaada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berkorban menyembelih samaada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

2. Baiatul Aqabah. Pada tahun ke-13 selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Hajjatul Wida’ (Haji Selamat Tinggal) Pada peristiwa Hajjatul Wida’ itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida’) kesemua amanat-amanatnya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

4. Umar RA meninggal dunia,Uthman RA dilantik. Umar RA adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza). Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al Mu’minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi. Dengan itu urusan kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman RA.

5. Ali RA menjadi khalifah yang keempat. Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

wp152

Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.

Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat ‘Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).

Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan Hari Taysrik yang mana diharamkan kita berpuasa padanya dan korban masih disunnatkan lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir setiap masa khasnya selepas solat pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Advertisements

Read Full Post »

Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Tapi,pernahkah kita terfikir, kenapa kita diuji..??

Kenapa aku diuji?

“Apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka belum di uji lagi?

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”

Surah Al-Ankabut, ayat 2-3.

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu (pula) menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu, Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqaroh, ayat 216.

Kenapa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu kecuali dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa ( dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

Surah Al-Baqorah,ayat 286

Rasa kecewa?

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

Surah Al-Imran, ayat 139

Bagaimana nak menghadapinya?

“Hai orang-orang beriman sabarlah kamu dan sabarlah kamu melawan musuhmu dan berjagalah dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu menang.”

Surah Al-Imran 200

“Minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali pada orang yang tunduk ( kepada Allah)”

Surah Al-Baqaroh, ayat 45

Apa yang akan aku dapat dari dugaan ini?

“Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, dengan memberikan syurga untuk mereka”

Surah At-Taubah, ayat 111

Kepada siapa harus aku mengadu?

“Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman): hendaklah engkau katakan, yang mencukupiku hanyalah Allah , tidak ada tuhan kecuali Dia. KepadaNya aku bertawakkal dan Dia Tuhan Arasy yang besar”

Surah At-Taubah, ayat 129.

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya..

Wallahua’alam…

Read Full Post »

 

BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Oleh itu kita harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan. 

Bahan – terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet.. Bahan yang mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari. 

Kaedah – belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah dicadangkan supaya berinteraksi atau berbincang dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih. Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini. 

Gaya belajar – Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga yang suka belajar sambil mendengar muzik. Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang banyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali. Dalam jangka masa terdekat ini harus mempelbagaikan cara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harus dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan menepati kehendak soalan.

*selamat berjuang di medan peperiksaan..

Read Full Post »

Allah menjadikan manusia untuk beribadah dan memperhambakan diri kepadaNya. Ini jelas dari firman Allah s.w.t. yang bermaksud “Tidak aku menjadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaku”.

Keikhlasan beribadah seseorang kepada Allah adalah bertolak dari niat seseorang itu mengerjakan ibadah tersebut. Ini jelas sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah di dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya segala perbuatan yang dilakukan itu dengan niat dan sesungguhnya tiap-tiap manusia apa yang diniatkannya maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang ia ingin memperolehinya atau kepada perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang ia inginkan”.

Di antara ibadah yang wajib kita lakukannya, bulan yang mulia penuh dengan keberkatan ialah dengan berpuasa di bulan Ramadhan.

Ibadat puasa perlu kepada keikhlasan sebagaimana ibadat-ibadat lain yang dikerjakan kerana keikhlasan hati dalam mengerjakan ibadah adalah menjadi syarat penerimaan ibdah itu oleh Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu.” Dengan ini jelas Allah meliaht hati manusia untuk menilai dan menentukan amal ibadat yang sebenarnya.

Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan. Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di dalamnya maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan tidak diterima. Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: “Allah tidak menerima amalan melainkan amalan yang dikerjakan dengan tulus dan ikhlas baginya dan bertujuan mendapat keredaanNya”

Ia juga merupakan landasan yang kukuh di atas mana-mana orang yang melaksanakan bermacam-macam amal dan tugas kebaikan dan sifat keikhlasan itulah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak keluar dari hati yang ikhlas nescaya tidak menghasilkan buah bahkan mungkin akan merugikan kepada diri sendiri. Orang yang bekerja tanpa keikhlasan dia bekerja hanya untuk lahir sahaja lupa kepada tujuan dan matlamat dia bekerja sedang tiap-tiap amal tanpa ikhlas pasti tidak menghasilkan pahala di sisi Allah.

Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati bererti tidak yang berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi, dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu sahaja. Cara yang demikian menjatuhkan tuannya ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Tuhan memerintahkan kita semua beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati. Segala pengabdian diri terhadap Allah hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran, sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-A’araf

Maksudnya: “Hadapkanlah muka kamu dengan lurus, tulus dan ikhlas tiap-tiap mengerjakan sembahyang dan serulah Tuhanmu sambil mengikhlaskan diri kepadaNya”

Dalam surah yang lain Allah menerangkan maksudnya: “Tidaklah mereka diperintahkan kecuali untuk berbakti memperhambakan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan”

Dari ayat di atas kita dapat memahami bahawa Allah memerintahkan kita semua supaya mengabdikan diri kita kepadaNya dengan tulus ikhlas dengan erti kata kita kerjakan sesuatu amalan, sesuatu kerja kerana Allah bukan sekali-kali kerana sesuatu atau seseorang yang lain lebih-lebih lagi kerana sesuatu ganjaran kebendaan.

Syeikh Al Khushairi seorang pengasas Tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah kerana ingin memperdekatkan diri kepada Allah s.w.t. bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal yang lain selain daripada mengtakarufkan diri kepada Allah Tuhan yang menjadikan kita.

Sifat keikhlasan hati itulah yang menjadi pedoman kepada seseorang di dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ianya merupakan alat yang menyampaikan cita-cita yang mulia. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hatinya tentunya tidak mudah patah atau putus harapan di tengah jalan. Tidak mudah putus asa, dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya. Mereka di dalam bekerja teguh pendirian kuat hemah dan kemahuan, dia tidak akan tersinggung hati lantaraan celaan dan kritikan orang lain. Tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan yang baik malahan orang yang bekerja dengan ikhlas tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan dan tidak akan memberhentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan yang besar kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.

Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata : “Manusia semuanya mati kecuali yang masih hidup adalah orang yang berilmu tetapi umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga adalah orang yang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada di dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk”

Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran yang tepat terhadap sifat yang ikhlas itu dan kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas ujudnya akan kukuh dan mestipun amal itu terpaksa juga tumbang kerana dilanda zaman tetapi kesannya tetap abadi. Oleh kerana itu sifat ikhlas di dalam beribadah amat penting dan dia merupakan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan yang lahir dari syaitan sebagaimana firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Iblis berkata wahai tuhanku oleh sebab engkau telah memutuskan aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang perbuatan baik di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka kecuali hamba-hambaMu yang mengerjakan amal ibadat dengan penuh keikhlasan.

Untuk dijadikan contoh mengenai ikhlas ini marilah kita meninjau satu riwayat cerita di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah bererti:

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nekmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? “Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid”. Allah berkata kepadanya “engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka.

Adapun yang menuntut ilmu dan telah mengajar pula serta menjadi pembaca Al-Quran, orang ini dibawa ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sedang dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Dihadapan Tuhan ditanya apa amalmu jawabnya “aku banyak membaca Al Quran” Berfirman Allah kepadanya engkau bohong! Engkau menuntut ilmu itu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca Al-Quran itu supaya dikatakan orang seorang Qari dan yang demikian itu telah engkau dikatakan orang kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam neraka.

Adapun seorang lelaki yang telah mendapat kelapangan rezeki sebahagian hartanya dibahagikan kepada orang lain kemudian orang itu pun dibawa menghadap Allah untuk dibicarakan dan dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Di hadapan Allah dia ditanya apa kerjamu dia menjawab “aku telah membelanjakan hartaku kepada jalan yang engaku redai dan itu telah aku kerjakan kerana engkau”. Allah telah berfirman kepadanya engkau berbohong engkau berbuat demikian itu adalah supaya dikatakan orang engkau seorang pemurah sedangkan yang demikian itu telah dikatakan orang kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam api neraka. Demikianlah riwayat hadis tiga jenis orang beramal tidak ikhlas. Amalan mereka ditolak tidak diterima oleh Allah dan akibatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Kesimpulan apa yang telah diperkatakan tadi ialah bahawa beramal dan beribadah perlu kepada keikhlasan dan kejujuran dan untuk menjadikan amalan itu agar kekal abadi sempurna lahir dan batin perlulah kita lakukan segala amalan dengan tulus dan ikhlas semata-mata kerana Allah Taala khususnya kita sedang berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia, bulan untuk kita meningkatkan amal kebajikan kita jadi hendaklah segala amalan kebajikan yang kita lakukan di bulan ini dapat dilakukan dengan seikhlas-ikhlasnya supaya ianya benar-benar dapat diterima oleh Allah s.w.t. dan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.

Wallahualam

 

“IKLIM DINI TERAS KECERMELANGAN MAHASISWA”

Read Full Post »

Setelah jelas diketahui bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang mulia dan suci  yang mesti dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya.

Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;

Ertinya ;

Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam

Ertinya :

masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang yang beriman. Dalam hadis yang lain

Rasulullah ada bersabda ;

Ertinya ;

“Apabila kamu melihat akan lelaki  yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman”.

Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya:

“Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga.”

Ertinya ;

Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :”Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid ) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid ).

 

pahala solat berjemaah 27 kali ganda berbanding solat sendirian

pahala solat berjemaah 27 kali ganda berbanding solat sendirian

 

Read Full Post »

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian…adalah sesuatu yang pasti…..

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
“a’la bizikrallahi tat mainnal qulub”
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu…
Kepada-NYA Tuhanku yang satu…


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai…
Sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh, minda, dan qalbu…bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil…
Menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

 

 

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang…bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih…
Berqiamullail…
Bertahajjud…
Mengadu…
Merintih…
Meminta belas kasih….
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Oleh itu duhai Ilahi…
Kasihanilah daku hamba-MU yang…
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Read Full Post »