Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Muhamad Zaim b Mohamed Nor’ Category

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadrat Allah Taala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarka n zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah..Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amalkebajikan kamu.Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma yasifunwassallamuala lmursalinwalhamdulil lahi rabbil alamin.

wahai saudara2 seagamaku…ayat2 diatas adalah terjemahan talqin…bacaan yg dibacakan sewaktu jenazah selesai dikuburkan…tp yg pergi akan tetap pergi…bacaan ini sbnarnya adalah ingatan buat kita yg masih hidup…

ingatlah..sedarlah…insaflah…

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah peperiksaan telah tamat, dan sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh student iaitu cuti semester. Semoga dapat sama-sama memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan banyakkan doa & solat kepada Allah s.w.t agar result kita cemerlang. InsyaAllah.

m_14

Read Full Post »

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian pendapatan hariannya. Pada suatu hari, hambanya itu telah membawa makanan untuk Abu Bakar. Abu Bakar kemudian memakan sebahagian makanan tersebut. Kemudian hamba itu berkata, “Kamu sentiasa bertanya tentang sumber makanan yang saya bawa tetapi pada hari ini kamu tidak berbuat demikian”.

melihatdgnhati11

Abu Bakar berkata, “Saya terlalu lapar hingga saya lupa bertanya. Terangkan kepadaku di mana kamu mendapat makanan ini”.

“Sebelum saya memeluk Islam, saya bekerja sebagai tukang ramal. Orang – orang yang saya ramal nasibnya kadang – kadang tidak dapat membayar wang kepadaku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sudah memperolehi wang. Saya telah berjumpa dengan mereka pada hari ini. Merekalah yang memberikan saya makanan ini”, ujar hamba tersebut.

Sejurus sahaja Abu Bakar mendengar kata – kata hambanya itu, beliau terus memekik, “AH! Hampir saja engkau membunuh saya”. Seterusnya beliau cuba untuk meluahkan makanan yang telah dimakannya. Orang yang melihatnya mencadangkan kepadanya untuk mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan itu diterima dan dilaksanakan oleh Abu Bakau sehingga makanan itu berjaya diluahkan keluar.

Orang – orang yang memerhatikannya berkata, “Mudah – mudahan Allah memberikan rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah – payah kerana makanan yang sedikit ini”.

Abu Bakar menjawab, “Saya sudah pasti memaksanya untuk keluar walaupun saya mesti kehilangan nyawaku sendiri. Saya pernah dengar Nabi berkata bahawa badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram akan merasakan api neraka. Oleh kerana itulah saya akan memaksa makanan itu keluar, takut jika makanan itu menyuburkan badanku”.

Abu Bakar sentiasa meneliti sama ada sesuatu makanan itu halal atau haram dimakan. Janganlah mendapat harta melalui jalan yang haram bagi diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain atau keluarga sendiri kerana kelak di hari Akhirat, perkara ini akan disoal: Dari mana kamu peroleh hartamu dan ke mana engkau membelanjakannya.

Read Full Post »

Assalamualaikum w.b.t buat semua…

Sudah lama rasanya tidak menghantar entri di blog balai ini. Mungkin disebabkan kesibukan dan persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir sem 1 ini sedikit menggangu. Tidur exam, makan exam, mandi exam, semuanya tentang exam. Walau apapun, Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi samada kita dapat menjawab soalan-soalan dengan baik atau tidak. Ada hikmah di sebalik segalanya.

8d0a

Sebenarnya pukul 1.30 petang tadi saya baru selesai menjawab kertas kimia fizik 2. Subjek yang dianggap ‘killer paper’ oleh pelajar kimia tahap 2. Soalan-soalan yang diuji begitu mencabar minda insan yang lemah ini. Banyak ruang kosong yang saya tinggalkan dalam buku jawapan. Tidak tahu apa jawapannya. ‘Soalan ni susah gile’, ‘Aku tak boleh jawab la tadi’, ‘Tak pernah pun tengok soalan ni dalam past year’, begitulah desas desus yang didengari selepas exam tadi, kadang kala melegakan hati sebab ramai yang tidak dapat menjawab.’Satu geng la kita’, kataku dalam hati. Jika diselidiki semula kertas kimia fizik 2 tadi, ada soalan seperti soalan tutorial dan ada juga soalan yang tidak pernah dilihat bentuknya. Mesti ada reason yang kukuh kenapa lecturer buat begitu. Namun apa yang saya ingin coretkan di sini,peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat, berhentilah mengata-ngata lecturer tersebut begitu dan begini. Doakan diri kita agar mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Cubalah sekali untuk menyalahkan diri sendiri. Mungkin persediaan kita belum cukup sempurna, belum memahami, atau mungkin juga kita adalah last minute student. Fikirkanlah…

Betulkan kembali niat kita, kenapa kita belajar, adakah semata-mata kerana Allah s.w.t ataupun kerana exam. Jangan berputus asa dan fokus untuk next paper. Gambatte!!

“Ini hanyalah ujian dunia, namun jadikanlah kayu pengukur kebergantungan kita kepada Allah, tekad kita dalam mencari Ilmu, semangat kita menghidupkan Ilmu, azam kita beramal dengannya dan matlamat kita mencapai redhaNya”.

Read Full Post »

Ada diceritakan bahawa ada seorang manusia yang bertemu dengan seekor syaitan di waktu Subuh. Tanpa diketahui puncanya, mereka berdua telah mengikat tali persahabatan. Apabila waktu Subuh telah berakhir, orang itu meninggalkan solat Subuh. Syaitan pun tersenyum sambil berkata, “Orang ini patut menjadi sahabatku!”

Apabila telah tiba waktu Zohor, orang tersebut masih tidak mengerjakan solat Zohor. Syaitan tersenyum lebar sambil berkata, “Rupa – rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di hari akhirat nanti..!” Kemudian ketika waktu Asar hampir habis, akan tetapi sahabatnya itu masih tidak mengerjakan solat Asar dan asyik dengan kerja hariannya. Syaitan mula terdiam. Seterusnya apabila tiba waktu Maghrib, dia masih tidak mengerjakan solat Maghrib maka syaitan mula merasa gelisah. Senyumannya telah berubah menjadi masam. Wajah syaitan menunjukkan bahawa dia sedang berfikir dan teringatkan sesuatu.

Akhirnya apabila syaitan melihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak maka syaitan itu menjadi sangat panik. Dia sudah tidak boleh menahan diri lagi dan menghampiri sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh rasa takut, “Wahai sahabatku, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Dengan merasa hairan orang itu bertanya, “Kenapa engkau sudah mungkir janji?Bukankah baru tadi kita berjanji untuk barsahabat?”

Syaitan menjawab dengan suara yang gementar, “Aku takut. Nenek moyangku sahaja yang dahulu hanya sekali sahaja ingkar perintah Allah iaitu ketika menolak suruhan sujud dan hormat pada Adam pun telah dilaknak Allah hingga hari akhirat. Apatah lagi engkau yang hari ini sahaja aku telah melihat bahawa engkau telah lima kali ingkar perintah Allah. Tak dapat aku bayangkan betapa dahsyatnya murka Allah kepadamu”.

Syaitan itu terus berlalu pergi.

Berapa kalikah kita sudah ingkar pada perintah Allah? Bertaubatlah wahai sahabat.
Jagalah SOLAT terutamanya di musim peperiksaan ini…

Kita tekun belajar dan mempersiapkan diri untuk menghadapi final exam, tapi jangan sesekali kita lupa final exam yang hakiki di akhirat kelak.

Berilmu, Beriman, Beramal

Read Full Post »

Asalamualaikum WBT..

Musim peperiksaan sem 1 UM sudah bermula..sempena dengan itu, JKP Balai Islam akan menganjurkan majlis solat hajat pada setiap hari, bermula pada minggu ulangkaji (study week) selepas solat Maghrib di Surau KK3..

Marilah bersama – sama turun ke surau untuk menunaikan solat fardhu dan solat sunat beramai – ramai dan sama – sama memohon hajat daripada Allah SWT. Moga – moga kita akan diberikan kecemerlangan dalam peperiksaan dan berjaya di dalam hidup, serta ‘cemerlang’ di hari Akhirat yang kekal abadi..


Selamat mengulangkaji dan semoga berjaya!

Read Full Post »

Pada suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk ciptaanNya iaitu seekor kerbau dan bertanya kepada kerbau tersebut sama ada ia bersyukur telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril terus pergi menemui si kerbau tersebut.

Pada waktu siang yang panas itu si kerbau sedang sedang berendam di sebatang sungai. Malaikat Jibril menemui kerbau itu dan kemudian bertanya, “Wahai kerbau, adakah kamu bersyukur telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor kerbau?”

Si kerbau menjawab, “MasyaAllah, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya sebagai seekor kerbau, daripada saya dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Selepas mendengar jawapan kerbau tersebut, malaikat Jibril pergi menemui seekor kelawar yang sedang tidur bergantungan pada dinding gua dan terus bertanya, “Wahai kelawar, adakah kamu bersyukur dijadikan Allah SWT sebagai seekor kelawar?”
Kelawar itu pun menjawab, “MasyaAllah, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dijadikan sebagai seekor kelawar daripada dijadikanNya sebagai seekor cacing tanah. Tubuhnya lebih kecil, tinggal pula di dalam tanah, berjalan pun menggunakan perutnya”, jawab si kelawar.

Setelah mendengar jawapan kelawar tersebut, malaikat Jibril pun segera menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah dan terus bertanya kepada cacing tersebut, “Wahai cacing, adakah kamu bersyukur telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?”
Cacing terbut terus menjawab, “MasyaAllah, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya sebagai seekor cacing, daripada dijadikanNya sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati, mereka akan diseksa selama – lamanya”.

Read Full Post »

Older Posts »