Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘ihram2008’ Category

Semua warga Kurshiah dijemput hadir ke Majlis Perasmian Penutup IHRAM 08 esok. Jam 9.45 selepas terawih. Tempat di dewan makan… Pakat maghi ramai2!!

Read Full Post »

Majlis Penutup IHRAM ’08

Semua warga Kurshiah dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup IHRAM yang akan diadakan seperti berikut:

Masa: Selepas terawih (9.40malam)

Tarikh: 22 September 2008 (Isnin)

Tempat: Dewan makan KK3

Ramadhan 4 All

Read Full Post »

Pada tanggal 14 September 2008, IHRAM 08 telah berjaya menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Dan Grand Iftar Bersama Anak-anak Yatim Rumah KesayanganKu (RAK). Alhamdulillah apa yang telah dirancang dan diatur dapat dilaksanakan dengan lancar. Namun tidak dinafikan mungkin ada sedikit cacat cela. Dari pagi sampailah ke malam ajk IHRAM dan Balai Islam telah bertungkus-lumus, berpenat lelah, bermandi peluh, berlari ke sana dan ke sini bagi membuat persiapan yang terbaik.

Seawal jam 9 pagi, para ajk telah berkumpul di hadapan surau Kolej Kediaman Ketiga bagi menyiapkan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk memasak bubur lambuk. contohnya seperti dapur, tong gas, pisau, senduk, besen dan sebagainya . Chef untuk memasak bubur lambuk telah diketuai oleh Kak Ju dan Kak Mun. Masing-masing bersemangat menunjukkan skil memotong bawang, ayam, halia dan lain-lain. Pihak muslimin juga tidak kurang hebatnya. Pada masa yang sama juga, di bilik sidang, ajk-ajk sedang menghias, menyusun kerusi, dan set up peralatan teknikal bagi program Grand Iftar. Di dalam surau juga kelihatan kelibat muslimin-muslimin 3rd sedang mengecat banner.

Pada petangnya pula, agenda program kami diteruskan dengan Majlis Grand Iftar. Seramai 65 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak KesayanganKu dijangka tiba jam 5 petang. Namun atas sebab-sebab tertentu mereka sedikit lewat tiba, ditambah pula dengan hujan mencurah-curah membasahi bumi. Mungkin Rahmat dari Allah taala.

Alhamdulillah majlis pada petang itu telah dirasmikan oleh Ayahanda Pengetua Profesor Madya Dr. Sharifuddin b Zainuddin. Turut hadir pada petang itu En Fadzli, Cik Siti Halimah, Saudara Presiden Wan Mohd Hasif, pengarah IHRAM Ahmad Lukman dan barisan JIK/JTK.

Dalam majlis yang serba indah itu, anak-anak yatim RAK telah diberi duit raya yang dikumpul daripada warga Kurshiah.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan adik-adik Muslimah RAK. Majlis Grand Iftar ini berakhir dengan berkumandangnya azan maghrib ke udara. Semua tetamu bergerak ke dewan makan untuk menjamah juadah berbuka puasa…

Read Full Post »

Terkini!

Program IHRAM 08 KK3 UM yang terdekat:

1. Minggu Ukhwah RAMADHAN [ 8-18hb September 2008]

2. Program Memasak Bubur Lambuk & Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

[Ahad 14 September 2008]

Semua warga Kurshiah dijemput untuk hadir dan menyertai program & pertandingan yang disediakan.

RAMADHAN 4 ALL

Read Full Post »