Feeds:
Posts
Comments

Archive for November 2nd, 2008

Read Full Post »

Ada diceritakan bahawa ada seorang manusia yang bertemu dengan seekor syaitan di waktu Subuh. Tanpa diketahui puncanya, mereka berdua telah mengikat tali persahabatan. Apabila waktu Subuh telah berakhir, orang itu meninggalkan solat Subuh. Syaitan pun tersenyum sambil berkata, “Orang ini patut menjadi sahabatku!”

Apabila telah tiba waktu Zohor, orang tersebut masih tidak mengerjakan solat Zohor. Syaitan tersenyum lebar sambil berkata, “Rupa – rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di hari akhirat nanti..!” Kemudian ketika waktu Asar hampir habis, akan tetapi sahabatnya itu masih tidak mengerjakan solat Asar dan asyik dengan kerja hariannya. Syaitan mula terdiam. Seterusnya apabila tiba waktu Maghrib, dia masih tidak mengerjakan solat Maghrib maka syaitan mula merasa gelisah. Senyumannya telah berubah menjadi masam. Wajah syaitan menunjukkan bahawa dia sedang berfikir dan teringatkan sesuatu.

Akhirnya apabila syaitan melihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak maka syaitan itu menjadi sangat panik. Dia sudah tidak boleh menahan diri lagi dan menghampiri sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh rasa takut, “Wahai sahabatku, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Dengan merasa hairan orang itu bertanya, “Kenapa engkau sudah mungkir janji?Bukankah baru tadi kita berjanji untuk barsahabat?”

Syaitan menjawab dengan suara yang gementar, “Aku takut. Nenek moyangku sahaja yang dahulu hanya sekali sahaja ingkar perintah Allah iaitu ketika menolak suruhan sujud dan hormat pada Adam pun telah dilaknak Allah hingga hari akhirat. Apatah lagi engkau yang hari ini sahaja aku telah melihat bahawa engkau telah lima kali ingkar perintah Allah. Tak dapat aku bayangkan betapa dahsyatnya murka Allah kepadamu”.

Syaitan itu terus berlalu pergi.

Berapa kalikah kita sudah ingkar pada perintah Allah? Bertaubatlah wahai sahabat.
Jagalah SOLAT terutamanya di musim peperiksaan ini…

Kita tekun belajar dan mempersiapkan diri untuk menghadapi final exam, tapi jangan sesekali kita lupa final exam yang hakiki di akhirat kelak.

Berilmu, Beriman, Beramal

Read Full Post »