Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2008

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah peperiksaan telah tamat, dan sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh student iaitu cuti semester. Semoga dapat sama-sama memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan banyakkan doa & solat kepada Allah s.w.t agar result kita cemerlang. InsyaAllah.

m_14

Read Full Post »

Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Tapi,pernahkah kita terfikir, kenapa kita diuji..??

Kenapa aku diuji?

“Apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka belum di uji lagi?

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”

Surah Al-Ankabut, ayat 2-3.

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu (pula) menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu, Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqaroh, ayat 216.

Kenapa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu kecuali dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa ( dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

Surah Al-Baqorah,ayat 286

Rasa kecewa?

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

Surah Al-Imran, ayat 139

Bagaimana nak menghadapinya?

“Hai orang-orang beriman sabarlah kamu dan sabarlah kamu melawan musuhmu dan berjagalah dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu menang.”

Surah Al-Imran 200

“Minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali pada orang yang tunduk ( kepada Allah)”

Surah Al-Baqaroh, ayat 45

Apa yang akan aku dapat dari dugaan ini?

“Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, dengan memberikan syurga untuk mereka”

Surah At-Taubah, ayat 111

Kepada siapa harus aku mengadu?

“Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman): hendaklah engkau katakan, yang mencukupiku hanyalah Allah , tidak ada tuhan kecuali Dia. KepadaNya aku bertawakkal dan Dia Tuhan Arasy yang besar”

Surah At-Taubah, ayat 129.

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya..

Wallahua’alam…

Read Full Post »

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian pendapatan hariannya. Pada suatu hari, hambanya itu telah membawa makanan untuk Abu Bakar. Abu Bakar kemudian memakan sebahagian makanan tersebut. Kemudian hamba itu berkata, “Kamu sentiasa bertanya tentang sumber makanan yang saya bawa tetapi pada hari ini kamu tidak berbuat demikian”.

melihatdgnhati11

Abu Bakar berkata, “Saya terlalu lapar hingga saya lupa bertanya. Terangkan kepadaku di mana kamu mendapat makanan ini”.

“Sebelum saya memeluk Islam, saya bekerja sebagai tukang ramal. Orang – orang yang saya ramal nasibnya kadang – kadang tidak dapat membayar wang kepadaku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sudah memperolehi wang. Saya telah berjumpa dengan mereka pada hari ini. Merekalah yang memberikan saya makanan ini”, ujar hamba tersebut.

Sejurus sahaja Abu Bakar mendengar kata – kata hambanya itu, beliau terus memekik, “AH! Hampir saja engkau membunuh saya”. Seterusnya beliau cuba untuk meluahkan makanan yang telah dimakannya. Orang yang melihatnya mencadangkan kepadanya untuk mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan itu diterima dan dilaksanakan oleh Abu Bakau sehingga makanan itu berjaya diluahkan keluar.

Orang – orang yang memerhatikannya berkata, “Mudah – mudahan Allah memberikan rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah – payah kerana makanan yang sedikit ini”.

Abu Bakar menjawab, “Saya sudah pasti memaksanya untuk keluar walaupun saya mesti kehilangan nyawaku sendiri. Saya pernah dengar Nabi berkata bahawa badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram akan merasakan api neraka. Oleh kerana itulah saya akan memaksa makanan itu keluar, takut jika makanan itu menyuburkan badanku”.

Abu Bakar sentiasa meneliti sama ada sesuatu makanan itu halal atau haram dimakan. Janganlah mendapat harta melalui jalan yang haram bagi diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain atau keluarga sendiri kerana kelak di hari Akhirat, perkara ini akan disoal: Dari mana kamu peroleh hartamu dan ke mana engkau membelanjakannya.

Read Full Post »

Assalamualaikum w.b.t buat semua…

Sudah lama rasanya tidak menghantar entri di blog balai ini. Mungkin disebabkan kesibukan dan persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir sem 1 ini sedikit menggangu. Tidur exam, makan exam, mandi exam, semuanya tentang exam. Walau apapun, Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi samada kita dapat menjawab soalan-soalan dengan baik atau tidak. Ada hikmah di sebalik segalanya.

8d0a

Sebenarnya pukul 1.30 petang tadi saya baru selesai menjawab kertas kimia fizik 2. Subjek yang dianggap ‘killer paper’ oleh pelajar kimia tahap 2. Soalan-soalan yang diuji begitu mencabar minda insan yang lemah ini. Banyak ruang kosong yang saya tinggalkan dalam buku jawapan. Tidak tahu apa jawapannya. ‘Soalan ni susah gile’, ‘Aku tak boleh jawab la tadi’, ‘Tak pernah pun tengok soalan ni dalam past year’, begitulah desas desus yang didengari selepas exam tadi, kadang kala melegakan hati sebab ramai yang tidak dapat menjawab.’Satu geng la kita’, kataku dalam hati. Jika diselidiki semula kertas kimia fizik 2 tadi, ada soalan seperti soalan tutorial dan ada juga soalan yang tidak pernah dilihat bentuknya. Mesti ada reason yang kukuh kenapa lecturer buat begitu. Namun apa yang saya ingin coretkan di sini,peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat, berhentilah mengata-ngata lecturer tersebut begitu dan begini. Doakan diri kita agar mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Cubalah sekali untuk menyalahkan diri sendiri. Mungkin persediaan kita belum cukup sempurna, belum memahami, atau mungkin juga kita adalah last minute student. Fikirkanlah…

Betulkan kembali niat kita, kenapa kita belajar, adakah semata-mata kerana Allah s.w.t ataupun kerana exam. Jangan berputus asa dan fokus untuk next paper. Gambatte!!

“Ini hanyalah ujian dunia, namun jadikanlah kayu pengukur kebergantungan kita kepada Allah, tekad kita dalam mencari Ilmu, semangat kita menghidupkan Ilmu, azam kita beramal dengannya dan matlamat kita mencapai redhaNya”.

Read Full Post »

Read Full Post »

Ada diceritakan bahawa ada seorang manusia yang bertemu dengan seekor syaitan di waktu Subuh. Tanpa diketahui puncanya, mereka berdua telah mengikat tali persahabatan. Apabila waktu Subuh telah berakhir, orang itu meninggalkan solat Subuh. Syaitan pun tersenyum sambil berkata, “Orang ini patut menjadi sahabatku!”

Apabila telah tiba waktu Zohor, orang tersebut masih tidak mengerjakan solat Zohor. Syaitan tersenyum lebar sambil berkata, “Rupa – rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di hari akhirat nanti..!” Kemudian ketika waktu Asar hampir habis, akan tetapi sahabatnya itu masih tidak mengerjakan solat Asar dan asyik dengan kerja hariannya. Syaitan mula terdiam. Seterusnya apabila tiba waktu Maghrib, dia masih tidak mengerjakan solat Maghrib maka syaitan mula merasa gelisah. Senyumannya telah berubah menjadi masam. Wajah syaitan menunjukkan bahawa dia sedang berfikir dan teringatkan sesuatu.

Akhirnya apabila syaitan melihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak maka syaitan itu menjadi sangat panik. Dia sudah tidak boleh menahan diri lagi dan menghampiri sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh rasa takut, “Wahai sahabatku, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Dengan merasa hairan orang itu bertanya, “Kenapa engkau sudah mungkir janji?Bukankah baru tadi kita berjanji untuk barsahabat?”

Syaitan menjawab dengan suara yang gementar, “Aku takut. Nenek moyangku sahaja yang dahulu hanya sekali sahaja ingkar perintah Allah iaitu ketika menolak suruhan sujud dan hormat pada Adam pun telah dilaknak Allah hingga hari akhirat. Apatah lagi engkau yang hari ini sahaja aku telah melihat bahawa engkau telah lima kali ingkar perintah Allah. Tak dapat aku bayangkan betapa dahsyatnya murka Allah kepadamu”.

Syaitan itu terus berlalu pergi.

Berapa kalikah kita sudah ingkar pada perintah Allah? Bertaubatlah wahai sahabat.
Jagalah SOLAT terutamanya di musim peperiksaan ini…

Kita tekun belajar dan mempersiapkan diri untuk menghadapi final exam, tapi jangan sesekali kita lupa final exam yang hakiki di akhirat kelak.

Berilmu, Beriman, Beramal

Read Full Post »