Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 9th, 2008

10 PERINGATAN BUMI

BERKATA ANAS BIN MALIK R.A. ; SESUNGGUHNYA SETIAP HARI BUMI MENYERU KEPADA MANUSIA DENGAN SEPULUH PERKARA:- 

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan masuk ke dalamya kelak

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.  

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.  

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.  

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.  

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan  dimakan oleh ulat di dalam perutku.  

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.  

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.  

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.   10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 

Advertisements

Read Full Post »

Tahniah…

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli JKP yang terpilih menyertai JKP Balai Islam bagi sesi 2008/2009. Sesungguhnya amanah yang diberikan ini merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi menyubur dan menyebarkan islam di bumi kurshiah ini. Ingatlah suatu pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang mafhumnya ” setiap manusia adalah pemimpin, dan setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”. Justifikasi daripada hadis berkenaan, sewajarnya kita sama-sama bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan. Semoga semua ahli JKP Balai Islam sesi 2008/2009 dapat merielisasikan visi dan misi yang ditetapkan dengan jayanya..

Read Full Post »

Salam Pertemuan

Assalamuailaikum kepada semua..

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kami panjatkan kehadrat tuhan pencipta alam ini kerana setelah beberapa ranjau perjalanan kami, ini merupakan medan tinta yang pertama dihasilkan oleh JKP Balai Islam bagi sesi 2008/2009. Minggu ini merupakan minggu taaruf bagi semua ahli JKP Balai Islam yang dilantik selepas sesi pemilihan yang dijalankan. Pada sesi kali ini, saudara Mohd Zaim Mohd Nor telah ditaklifkan sebagai presiden JKP Balai Islam yang baru. Semoga kepimpinan beliau akan membawa suatu dimensi yang yang baru kepada organisasi Balai Islam Kolej Kediaman Ketiga bagi sesi 2008/2009. diharapkan agar semua rakan-rakan yang melawati blog ini dapat memberi komentar yang sebaiknya demi membangunkan JKP Balai Islam secara efektifnya…

Read Full Post »